Financial
- Scholarship : SC
|
Suruhanjaya
Sekuriti (Securities Commission), sebuah badan berkanun
yang mengawalselia industri sekuriti dan niaga hadapan,
akan memainkan peranan yang lebih mencabar di dalam perkembangan
industri sekuriti ke arah menjadikan Malaysia pusat pasaran
serantau di masa hadapan.
Di dalam
usahanya untuk merealisasikan wawasan tersebut, Suruhanjaya
mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon
Anugerah Biasiswa tahun 2000 bagi melanjutkan pelajaran
sepenuh masa.
Pengajian program ijazah pertama di universiti-universiti
tempatan dan luar negeri yang diiktiraf (United Kingdom.
Amerika Syarikat atau Australia)
Pengajian
pra-universiti (Matrikulasi/A-Level) di institusi-institusi
atau universiti-universiti tempatan.
BIDANG AKADEMIK
- Undang-undang
- Ekonomi
- Kewangan
- Perbankan, Pelaburan dan Sekuriti Antarabangsa
- Pentadbiran Perniagaan
- Perakaunan
- Pengajian Islam yang berkaitan dengan Industri Sekuriti
dan Perbankan
KELAYAKAN
Permohonan mestilah memenuhi kelayakan akademik seperti
berikut:-
- SPM
-Pangkat satu(1) dengan 10 agregat atau kurang dengan
kepujian dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
- STPM
-5A atau sekurang-kurangnya 4A dan 1B termasuk Kertas
Pengajian Am
- Diploma
-HPNG 3.5 dan ke atas
Berumur tidak melebihi 25 tahun
*Telah mendapat atau sedang menunggu keputusan untuk kemasukan
ke universiti atau pusat pengajian tinggi yang diiktiraf
oleh Suruhanjaya
*Pemohon mestilah mempunyai keupayaan berhubung dan kualiti
kepimpinan yang cemerlang, dinamik, berdikari dan aktif
dalam aktiviti ko-kurikulum
*Tidak menerima sebarang biasiswa dari organisasi-organisasi
lain
*Pemohon mestilah fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris
(pertuturan & penulisan)
NILAI BIASISWA
Biasiswa ini akan merangkumi yuran penuh pembelajaran,
buku-buku, elaun penyelenggaraan dan elaun-elaun lain yang
berkaitan.
SYARAT-SYARAT
BIASISWA
- Anugerah Biasiswa ini hanya akan diberikan setelah calon-calon
berjaya mendapat tempat di universiti atau pusat pengajian
tinggi yang diiktiraf oleh Suruhanjaya
- Penerima biasiswa dimestikan untuk berkhidmat dengan
Suruhanjaya untuk tempoh yang ditetapkan sebaik sahaja
tamat pengajian
CARA MEMOHON
- Calon-calon yang berkelayakan boleh memohon memalui
borang "Scholar Application" yang boleh diperolehi
dengan mengirimkan sampul surat yang beralamat sendiri
(berukuran 11cm x 24cm) dan bersetem 40 sen kepada:
Jabatan Sumber Manusia
(Permohonan Biasiswa)
Suruhanjaya Sekuriti
No.3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
ATAU
- Mendapatkannya sendiri di Kaunter Menyambut Tetamu,
Tingkat Bawah seperti alamat di atas pada hari dan waktu
seperti berikut:
Isnin - Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengahari
2.30 petang - 4.00 petang
- Permohonan mestilah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya
pada 6 Mei 2000
- Hanya calon-calon yang berjaya sahaja akan diberitahu
|